Wednesday, 14 November 2012

Dengar dan Patuh ...

   Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Mendengar dan mematuhi itu wajib ke atas setiap orang Islam sama ada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka, selagi ia tidak disuruh melakukan maksiat. Apabila disuruh melakukan maksiat, tidak harus lagi didengar dan dipatuhi." - Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim. 
   Jadi, Insya-Allah, kita sama-sama boleh mengaplikasikan hadis sahih ini dalam perbuatan yang kita mahu lakukan. Sebagai contoh, jika kita terpaksa mewakili pertandingan bercerita kerana rakan-rakan kita percaya atas kemampuan kita tetapi kita tidak mahu kerana kita berasakan bahawa diri kita tidak berbakat seperti mana rakan-rakan yang lain, Insya-Allah, kita mampu melakukannya. Mungkin ketika saat kita sedang bercerita, doa daripada rakan-rakan kita sedikit sebanyak menyenangkan kita di atas pentas. 

   Saya rasa anda pasti ada pengalaman sebegini rupa walaupun tidak sama seperti kisah di atas. Insya-Allah, kita akan mendapat kebaikan daripada-Nya. 

No comments:

Post a Comment